Sunday, June 3, 2012

Gawai 2012

31hb 5 saya balik Sarawak. Flight pegi Sibu jam 1225. Hampir tertinggal flight gara-gara tunggu kawan yang lambat bersiap dan tersesat sekejap. Saya ngan room mate terpaksa lari-lari pergi boarding hall. Tak sempat mauk beli bun dan bread. Masuk ja dalam flight semua orang tengok kami. Malu nya. Hahaha... Sampai Sibu jam 2. DD sudah tunggu kat airport. Parent room mate ja belum sampai. Mula-mula tunggu kat airport, tapi dua-dua lapar. DD bawa pegi Sibu Jaya. Makan mee kampua putih. Sedap..... Jalan-jalan sekejap dekat pasar tamu. Teda benda mau beli. Kami pegi airport balik tunggu family room mate. Balik terus pegi rumah panjang sebab semua orang dekat sana. Mereka tengah memasak. Indai suruh masak sayur campur cuci pinggan etc etc. Sampai sampai ja suruh buat kerja. Lepas tu, saya bawa moto balik rumah untuk mandi dan rehat sekejap. Main dengan Amber. Semua dah turun. Tinggal saya sorang ja di rumah. Saya mandi rehat sekejap baru saya pegi rumah panjang. My Chinese family dah sampai dah. Makan, makan. Saya pegi makan makanan yang disediakan oleh orang rumah panjang untuk orang-orang rumah panjang juga. Makanan kampung. Disebabkan saya jenis sosial sikit di rumah panjang jadi saya ambik makanan berapa kali round untuk saya sendiri dan juga untuk abang sama wife. Ngajat karaoke sampai jam 12 tengah malam minum 'ai pengayu'(Air kesejahteraan). Lepas tu sambung balik ngajat dan karaoke. Ketagih Teringin sangat mau karaoke. Saya duduk sorang-sorang ja dekat ruai mak cik ni sebelum DD dan indai pegi meeting untuk 2hb ni. Saya pi sms kawan saya yang in charge karaoke depan sana tu. "Jum karaoke sama saya. Duet kita." Respon positif. Saya malu tapi mahu. Last-last saya karaoke juga. Hahahaha.. DD tengah baring dekat ruai kami, indai sempat jenguk dari pintu. Sebelum ni tak pernah karaoke lagi depan parent dan orang-orang rumah panjang. Selalunya, DD yang selalu karaoke wakil bilik kami. Kali ni, biarla saya pecah rekod sikit. Saya kan jenis yang sosial dengan masyarakat. *Puji sendiri. Duet dengan si Dunggau. Junior saya. Geng saya di rumah panjang. Duet lagu Iban, lagu Hailey Ft Winnie-Bungai Ambai Kesulai.


Habis nyanyi semua orang sana sik pecaya aku boleh karaoke. Hahaha.. Yala. Asyik DD ja. Boring la selalu bapa ku jak. Biarla anak nya mewarisi. kehkehkeh. 

No comments: